Jan 2, 2011

Pandangan pembaca LBB

Semalam saya menjumpai blog ini. Nama penulisnya Tengku Khadijah Binti Tengku Zainal Abidin (pautan) Alhamdulillah, penulisnya telah membaca naskhah Lelaki Berbaju Biru dan Cikpuan Tengku telah menulis pandangan yang positif mengenai novel itu. Berikut adalah catatan Cikpuan Tengku:

umm..Firstly, saya mula tertarik nk beli novel ni sebab saya suka colour biru..Kata Mama, cover dia cantik..
Berkenaan jalan penceritaannya pula, taklah membosankan, bolehlah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan yang ilmiah kerana adanya pengajaran tentang kaedah mengutip derma dan sebagainya. Biru melambangkan perpaduan.Ya, betul! Kerana dalam novel ini, hampir kesemua watak bekerjasama dan bersatu-padu untuk membantu sebuah rumah anak yatim yang mengalami masalah kehilangan tempat tinggal. Ada juga part yang sedikit mengelikan hati saya. Dengar khabarnya, ini adalah novel sulung bagi penulisnya, Rahmah Mokhtar.Satu lagi, novel ini juga tidak banyak berisikan percintaan tetapi lebih kepada semangat bekerjasama bagi mencapai kejayaan.

Terima kasih, Cikpuan Tengku Khadijah binti Tengku Zainal Abidin di atas kesudiannya membeli, membaca dan seterusnya menuliskan pandangannya mengenai novel Lelaki Berbaju Biru ini.

2 pembaca comel:

Latifah said...

emmm sebenarnya masih belum sempat membaca novel ini. hanya belek2 je...
huhuhu... i need sometime to read this book...
=)

rahmah said...

Kak Latifah:
Semoga dapat mencari masa itu :D