"Bangkitlah temanku! Ketahuilah bahawa bukan kau yang ditinggalkan di majlis pernikahanmu. Menghadapi amarah tidak bertepi seorang bapa? Kau bukan orangnya jua! Menahan telinga yang hampir tuli dek dentuman bom yang merobek angkasa duniamu, kau tidak pernah mendepani semua itu apatah lagi bermimpikannya. Aku pasti, tiada sesiapa yang mahu mimpi seperti itu menemani tidur malamnya! Jadi, bangunlah dari lenamu itu. Bangkitlah dari mimpimu yang panjang dan tidak mengarah ke mana-mana itu. Usah tenggelam di dalam alam itu lagi! Ke marilah dan berjuang di sisiku bersama-sama. Kita punya dunia yang harus ditentang, kerana tujuan kita adalah akhirat!"
Tambahan:
Merlin Season 3 bakal bersiaran di TV3! Yeay! "Kenapa kau mahu tonton cerita fantasi begitu? Budak hingusan betul!"
'Memanglah hidung aku masih berhingus, kalau tidak kenapa selesema aku belum pulih walaupun setelah dua minggu? :P'

0 pembaca comel:
Post a Comment