Assalamualaikum warahmatullah, semoga warga pembaca sekalian sentiasa dalam rahmat Tuhan yang Maha Luas.
Hari ini, sudah hari ke-20 kita berada di dalam bulan yang penuh berkat ini. Alhamdulillah, kita masih bernyawa dan masih kuat untuk meneruskan ibadah puasa yang menjadi inti rukun Islam ini.
Aktiviti saya pada bulan ini agak ripuh dengan kelas penulisan. Alhamdulillah, setelah beberapa kali mengalami masalah dalam menyelesaikan kerja-kerja penulisan, hati saya terbuka bagi menyertai kursus penulisan secara online. Kursus selama dua bulan ini dikelolakan sepenuhnya oleh rakan penulis saya yang baik hati, Cikpuan Azzah Abdul Rahman.
Selain itu, saya terikat dengan kerja-kerja makmal yang masih belum kunjung selesai (sedang berusaha menyudahkan fasa akhir). Gigihlah wahai Siti Rahmah Mokhtaruddin!
Lagi, saya menjahit manik untuk baju raya kakak ipar yang tersayang, haha (diupah sebenarnya).
Apa lagi? Sebagai umat Islam yang berusaha untuk menjadi lebih baik (amin!), saya tidak melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid. Alhamdulillah, tahun ini kami sekeluarga (yang bilangannya sudah kecil ini) ke masjid setiap malam, walaupun ada rompong dan rongak di mana-mana. SEMOGA (saya highlight kerana saya memang selalu malas, huhu) aktiviti ini berlanjutan sampai bila-bila.
Tadi, sempat menjenguk wall FB artis kegemaran saya. Saya menjumpai pautan ke blog ini yang memuatkan lirik terbaru lagu mereka yang insya-Allah akan mula 'release' pada Syawal nanti.
Jom hayati bait-bait liriknya.
Hidayah
*Verse 1
Berkali-kaliku berfikir
Beralun-alun bait dzikir
Cuba mencari erti hidup
Berkali-kaliku tersasar
Berulang-ulangku menyesal
Namun hakikatnya aku tewas
*Pre-Chorus
Bertanya-bertanya mengira-ngira soalan
Tertanya-tanya mencari-cari jawapan
KAU tahu apa yang kumahu
**Chorus
Hidayah oh ya Allah
Bukalah pintu hatiku
Hidayah oh ya Allah
Kutakut dengan azabMu
Hidayah oh ya Allah
Tiada lain yang kumahu
Walaupun beribu doa dititipkan
Walaupun beribu sesal dilafazkan
Walaupun beribu tanda dizahirkan
Jiwaku masih lagi belum suci
*Verse 2
Tak henti-henti kumencari
Tanda-tanda tersirat erti
Jangan KAU butakan mata hati
Tak jemu-jemuku merayu
Ratap tangis dalam sujudku
Jauhkan dari rasa ragu
*Pre-Chorus
**Chorus
**Chorus
*Bridge
Manusia akan terus lupa
Melainkan yang beriman dan bertaqwa
Jangan lengahkan usia
Kerana hidup ini hanya sementara
**Chorus
| Sumber: http://burnofburnsoul.blogspot.com/2011/08/hidayah-burn-re-born-6th-single.html |
Apa? Ya, saya fan Burn & Soul. Salah?
0 pembaca comel:
Post a Comment