Dec 16, 2011

KATALOG KERONGSANG PERCUMA!

Dengan nama Allah.
Assalamualaikum :)

Sudah terlalu lama saya tidak menulis sebarang entri di blog ini. Terbiar benar, sampai kelihatan kusam dan tidak bermaya. Maka, izinkan saya memohon maaf daripada tuan/cikpuan pembaca blog ini kerana saya lalai dari menjadi penulis blog yang gigih T_T

Hari ini, saya mahu kongsikan perkembangan perniagaan kami adik-beradik di StorYah. Alhamdulillah, hari ini kami berjaya melancarkan katalog produk versi PDF setelah beroperasi hampir empat tahun lamanya. Horey! ^_^

Ada apa dengan katalog ini?
Banyak kelebihannya.
Yang pertama, katalog 27 halaman ini penuh dengan warna (Maksudnya, warna-warnilah ^^_)

Kedua, katalog ini memuatkan 7 rekaan Kerongsang Swarovski yang terlaris sepanjang 2011! Aisey, tahun ini sudah hampir ke penghujung! Mengapa pula kami perlu mendapatkan kerongsang ini?
Oh, jangan bersusah hati! Kami di StorYah yakin, item ini akan terus laris sehingga ke penghujung tahun 2012! (Puas hati? Harap kalian seronok dengan berita ini ^^)

Lagi, katalog ini akan sangat memudahkan! Sekarang, tiada lagi alasan tidak dapat tengok gambar kerongsang! Besarkanlah gambar-gambar itu mengikut keselesaan, selagi mana boleh. (Oh ya, pastikan muat turun katalog dahulu ya?)

Kelebihan yang lain? Hehe, kalau mahu tahu kelebihan yang lain, kenalah tengok katalog kami dahulu. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta! Jadi kalau mahu kenal, harus muat turun dahulu! Nanti sudah kenal baru ada cinta! (Sindrom apakah? ^^)

Dilampirkan, borang maklumat buat sesiapa sahaja yang berminat mendapatkan katalog ini secara PERCUMA. Usah risau, dua ruang kosong sahaja yang perlu diisi.

0 pembaca comel: