Kursus Asas Penulisan Novel (Offline). Entah berapa kali aku teruja dengan hal ini sejak mengetahui dan merancang bagi menghadirkan diri. Maklumlah, aku seorang yang tidak berapa suka dengan kursus, kuliah dan hal-hal yang sewaktu dengannya.
(Alamak, terberitahu pula! Kantoi sudah!)
Berbalik kepada kisah kursus offline tadi. Bunyinya hebat, kan, kan, kan? (Tolonglah kata hebat, ^^_)
Kalau kalian tidak mahu mengakuinya, tidak mengapa. Biarlah aku seorang yang rasa ia hebat, kerana hanya aku yang tahu apa yang aku rasa.
Tetapi, disebabkan tiba-tiba aku mahu menjadi seorang yang OMNIPOTEN (gila kuasa sebentar, hahaha), aku mahu beritahu juga punca aku merasakan kursus ini hebat.
Pertama, di sinilah kali pertama aku bertemu muka dan berbual mesra, manja dan berkenyit-kenyit mata dengan rakan-rakan Kursus Online (Penulisan Kreatif), batch pertama kelolaan Cikpuan Azzah Abdul Rahman yang selalu baik hati, sabar dan suka berkongsi.
Hendak dijadikan cerita (eh, baru mula rupanya?), aku pun menuju ke lokasi kursus di Setiawangsa dengan penuh semangat di dada. Percayalah, muka aku penuh dengan garis-garis teruja dan ceria pada waktu itu dek limpahan semangat yang banyak!
Sampai di stesen KL Sentral (setelah hampir bosan di dalam tren Komuter), aku pun berjalan laju-laju menuju ke kaunter tiket LRT. Sampai di situ, aku terpinga-pinga melihat suasana yang lengang selain perubahan pada mesin membeli tiket.
Monolog dalam hati pada waktu itu,
'Oh, tidak! Mengapa ditulis 'Tekan untuk beli token' di sini? Kalau di sini tempat untuk beli token, di mana aku perlu beli tiket?'
Serius, dalam kepala terbayang-bayang token permainan video macam di Selayang Mall!
Tak buang masa, aku ke kaunter yang ada petugas dengan hasrat mahu beli tiket tetapi hajat yang melambung-lambung terpadam apabila seorang pakcik baru sahaja disuruh membeli di mesin token itu. Aku telan liur! Selawat banyak-banyak di dalam hati! (Fikirkan kursus!)
Tiba-tiba, semangat mahu hadir kursus menguasai hati. Spontan, aku beranikan diri bertanya kepada seorang jejaka berbaju hitam yang sedang tekun menekan-nekan mesin token di sebelahku.
Bersambung....
(jangan marah, rasa penat pula mahu tulis panjang-panjang)

0 pembaca comel:
Post a Comment